Wednesday, May 25, 2011

Guru menunjukkan kepelbagaian mata wang di Malaysia







Satu slide gambar barangan yang menjadi  idaman setiap pelajar ditunjukkan





Kumpulan dibentuk dengan bilangan murid seramai 4 - 5 orang




Guru menamakan kumpulan 1 dengan nama KUMPULAN PASARAYA dan kumpulan 2 dengan nama KUMPULAN PEMBELI/PEMINJAM



Aktiviti Berpasangan


Kad-kad soalan disediakan oleh guru untuk setiap pasangan pelajar









Latihan Individu


Lembaran Kerja diedarkan pada setiap murid.
(Sila rujuk Label LEMBARAN KERJA)





Apa yang guru suka? Slide gambar ditunjukkan 
kepada semua murid




Murid dan guru berbincang mengenai kepentingan menyimpan wang dan amalan berjimat cermat

Monday, May 9, 2011



Internet Dalam Penggunaan Pendidikan  


Internet adalah nama khas yang merujuk kepada rangkaian komputer yang dibina dengan menggunakan protokol rangkaian atau 'bahasa rangkaian' yang dikenali sebagai TCP/IP (Transmission Control Protocol/InternetProtocol). Rangkaian ini diasaskan oleh sekumpulan  komputer yang dihubungkan bersama-sama pada tahun 1960-an melalui sebuah projek penyelidikan yang diberi nama ARPA (Advanced Research Project Agency) oleh Jabatan Pertahanan Amerika Syarikat. Matlamat asalnya ialah untuk menghasilkan satu jaringan yang membolehkan proses pemindahan data yang selamat di antara komputer-komputer tentera yang terletak di tempattempat yang berbeza dengan menggunakan beberapa laluan komunikasi yang berlainan. Semenjak pertengahan1980-an, satu agensi kerajaan Amerika Syarikat, National Science Foundation (NSF) dan lain-lain badan kerajaan diberi kuasa mengawal capaian kepada Internet. Dalam tahun 1991, pihak NSF mula longgarkan peraturan dan membenarkan kegunaan Internet untuk tujuan komersial. Pada April tahun 1995, kerajaan Amerika Syarikat seterusnya menyerahkan kawalan Internet kepada suatu badan bebas dan sekaligus menghapuskan sekatan capaian Internet.  


Di Malaysia, Internet bermula pada 1987 melalui Rangkaian Komputer Malaysia (RangKoM) yang telah disambungkan kepada rangkaian Internet. Universiti  tempatan merupakan pengguna RangKoM pada peringat awal. Kini, Internet telah mendapat sambutan hangat di kalangan masyarakat menerusi aplikasinya yang menarik menyerlah sebagai sumber maklumat perdana. Mengikut statistik, pengguna Internet di Malaysia pada tahun 1990 dan 1995 masing-masing ialah 18 000 dan 778 000.. Peningkatan ini disebabkan Internet telah mewujudkanpelbagai ruang untuk beraktiviti dan memainkan peranan sebagai agen perubahan masyarakat dalam kurikulum pendidikan negara. Revolusi teknologi maklumat yang bakal mempengaruhi persekitaran pendidikan semasa  di Malaysia akan cuba dieksplotasikan melalui penubuhan sekolah bestari dan Internet menjadi salah satu kemudahan yang bakal memainkan peranan penting dalam mencorakkan sekolah yang berwajah baru di seluruh
negara.  



Internet Sebagai Sumber Rujukan


Kemudahan Internet juga telah memperkayakan lagi sumber-sumber maklumat. Tambahan pula, sebagai gedung ilmu yang luas sifatnya, kemudahan Internet mampu menyediakan sumber rujukan yang bersifat lebih menyeluruh. Kandungannya turut mencakupi keperluan maklumat pendidikan semasa sama ada untuk kegunaan golongan profesional, pendidik, keluarga, pelajar dan orang ramai. Lebih dari itu, Internet turut menyediakan pelbagai bentuk maklumat yang sesuai untuk pelbagai program pendidikan. Pencapaian maklumat tersebut adalah cepat dan mudah dikendalikan. Contohnya, jika mengambil laman Web sebagai salah satu sumber maklumat pendidikan, maka dengan usaha yang agak mudah kita  boleh mendapatkannya dengan sekelip mata. Usaha tersebut dapat direalisasikan kerana Internet sudah dilengkapi dengan komponen-komponen yang dapat membantu penggunanya seperti pelayar Web dan enjin  pencarian atau Pencarian Maklumat Luas (Global Information Browsing) yang membolehkan pengguna melihat maklumat dengan mudah dan tidak kira di mana maklumat itu berada. Dengan itu, kategori laman-laman Web yang boleh disifatkan sebagai bermaklumat dan sesuai untuk tujuan pendidikan termasuklah laman Web bagi institusi pengajian tinggi maya, agensi berita, majalah dan akhbar dalam talian yang kandungan mereka ketengahkan bersifat lebih terperinci mudah dicapai.  


Kini bukan lagi satu khayalan apabila seseorang individu dengan mudah dapat melawat masuk ke dalam sebuah perpustakaan di seluruh dunia untuk pelbagai tujuan seperti mendapatkan sumber-sumber penyelidikan, pengajian rentas budaya, mempertingkatkan penguasaan bahasa asing, bertukar-tukar pendapat atau sekadar belajar dengan rakan sebaya. Contohnya jelas ketika ini apabila sudah terdapat perpustakaan elektronik di dalam Internet yang boleh membantu para pelajar dan guru membuat tugasan penyelidikan mereka. Perpustakaan tersebut akan menyediakan sebuah pintu masuk yang bersifat maya untuk membolehkan penggunanya mengakses pelbagai sumber maklumat yang turut diperkayakan dengan unsur-unsur multimedia seperti teks, gambar, bunyi dan video 
yang pasti menyeronokkan pelajar. Di samping itu, terdapat pelbagai laman Web dalam Internet yang mempunyai perpustakaaan yang tersendiri yang dipanggil ‘virtual library’. Guru boleh mendapatkan maklumat atau bahan rujukan untuk tujuan pengajaran sebelum disampaikan dalam kelas. Dengan penggunaan Internet sebagai sumber untuk mendapatkan maklumat, sudah pastilah corak pengajaran dan pembelajaran dapat berlangsung dalam 
suasana yang menyeronokkan.  


sumber : PPD Besut.net